PASRelief agih bantuan musim sejuk buat pelarian Syria

PASRelief telah menyalurkan pek bekalan makanan kepada 550 keluarga pelarian Syria yang berdepan dengan musim sejuk melampau ketika ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelarian Syria di Arsal bakal berdepan dengan derita yang mencengkam susulan musim sejuk melampau yang melanda negara berkenaan ketika ini.

Sehubungan itu, Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) dengan kerjasama Warga Cakna, Sejagat Relief dan Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menyalurkan pek bekalan makanan kepada 550 keluarga pelarian Syria yang berdepan dengan musim sejuk melampau.

- Advertisement -

Pek bekalan makanan yang diberikan dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga selama sebulan bagi menghadapi musim sejuk ini. 

Selain itu, bahan bakar bagi menghangatkan badan juga turut diberikan kepada setiap keluarga. Keadaan mereka yang hanya tinggal di khemah biasa sahaja tidak akan mampu bertahan tanpa adanya pemanas badan.

Ustazah Salamiah Mohd Nor mewakil Dewan Muslimat PAS dalam misi bersama PASRelief menghulurkan bantuan musim sejuk buat pelarian Syria.

Semua sumbangan yang diagihkan adalah hasil daripada kutipan sumbangan para penyumbang di Malaysia. Setiap makanan yang diberikan moga menjadi amal jariah kita di akhirat kelak.

Namun begitu, penderitaan rakyat di Syria masih belum ada penghujungnya. Mereka yang tinggal di kem pelarian masih berdepan dengan pelbagai ujian yang menjadi mangsa konflik peperangan dan hidup serba kekurangan bagi sumber keperluan harian yang sangat terhad. 

Pek bekalan makanan yang diberikan dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga selama sebulan bagi menghadapi musim sejuk ini. 

Sehubungan itu, PASRelief sentiasa membuka kepada rakyat Malaysia yang mahu menyumbang buat  pelarian Syria kita di Arsal. Lebih ramai lagi keluarga di sini yang masih memerlukan huluran bantuan dari kita

Hulurkan sumbangan prihatin anda melalui https://infaqpay.my/plus/bantuan-musim-sejuk-pasrelief atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief: 5640-7061-2333. Matlumat lanjut boleh hubungi Hotline PASRelief di talian 0175001144.  HARAKAHDAILY 12/12/2023

- Advertisement -