Ibnor Riza selamat dikebumikan di Negeri Sembilan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi era popular 1980-an, Ibnor Riza yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), di sini, pada jam 3.30 semalam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan salah seorang anaknya, Putri Norizah menerusi hantaran dalam Facebook miliknya pada lewat malam tadi.

- Advertisement -

“Dimaklumkan ayahanda saya, Ibnor Riza bin Haji Ibrahim pada hari ini, Ahad, 17 Disember 2023 jam 3.30 petang (di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur).

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa Allahyarham dan mencucuri rahmat ke atas rohnya, menerima amal ibadahnya, diberikan tempat terbaik di sisi-Nya.

“Ammiin Ya Rabbal’ Alamiin. Terima kasih pada yang mendoakan ayah saya dari jauh, pada yang datang melawat, waga kerja HTCM yang bekerja keras merawat ayah selama dia di sini. Juga buat ahli keluarga dan sahabat handai yang tak henti-henti bertanya khabar. Semoga Allah SWT merahmati kalian. Aaminn.”

Ibnor Riza di samping anaknya, Putri Norizah. (FOTO: Facebook Putri Norizah)

Terdahulu, Allahyarham yang berusia 62 tahun dan  popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu pada 2 Disember lalu, menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke otak.

Ibnor bagaimanapun tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan sebelum sekali lagi menjalani pembedahan susulan kerana ada pendarahan pada bahagian kepalanya Rabu (13 Dis) lalu.

Pada 10 Nov lalu pula, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama dan difaham sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak sembilan kali sejak disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu.  HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -