Covid-19 di Malaysia cecah lebih 20,000 kes

Dzulkefly Ahmad (tengah) dalam Sidang Media Khas Berhubung Status Covid-19 di Kuala Lumpur pada hari ini, 18 Dis 2023.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,696 kes Covid-19 dicatat pada Minggu Epit Ke-50 (ME50-2023) iaitu dari 10 hingga 16 Disember lalu di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan tersebut adalah sebanyak 62.2 peratus (%) berbanding dengan kes yang dilaporkan pada seminggu yang lalu (ME49).

- Advertisement -

“Namun begitu, KKM berhasrat untuk tidak mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  maka kami tidak akan menyebut mengenai PKP buat masa ini,” katanya dalam Sidang Media Khas Berhubung Status Covid-19, di sini, hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa sebanyak 20,068 (atau 97.1%) kes warganegara negara ini telah dijangkiti oleh penyakit tersebut; manakala bukan warganegara hanya menghadapi 609 kes (2.9%).

“Segala maklumat dan data mengenai kes Covid-19 akan kami maklumkan dalam laman web KKM Now termasuklah mengenai perkembangannya sekali,” katanya.  HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -