JKM diperuntuk RM35.8 juta hadapi Monsun Timur Laut

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diperuntuk sebanyak RM35.8 juta bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

- Advertisement -

Peruntukan itu melibatkan dana kerajaan persekutuan sebanyak RM13.7 juta dan peruntukan negeri RM22.1 juta bagi menghadapi bencana banjir.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Seri Nancy Shukri berkata, sebanyak RM3 juta untuk pembelian makanan teknologi retort dalam tempoh 24 jam pertama selepas pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya stok bekalan dan keperluan mangsa banjir setakat ini berada dalam keadaan baik.

“Dan kalau mereka memerlukan bantuan tambahan perlu dimaklum kepada JKM negeri untuk kita buat tambahan mengikut kapasiti yang diperlukan.

“Selain itu, sebanyak 5167 pegawai dan kakitangan sedia digerakkan pada bila-bila masa dengan dibantu seramai 157 kaunselor dan 864 pasukan sokongan psikologi (PST).

“Malah, bagi melancarkan pengoperasian di PPS, seramai 8,543 sukarelawan JKM juga sedia untuk digerakkan,” katanya selepas melawat Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DKSB) Kemumin dekat sini, hari ini.

Lawatan itu bagi meninjau kesiapsiagaan agensi dibawah kementerian terbabit menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024. – HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -