Sejauh mana guru diberikan kursus kemahiran digital?

Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Sejauh manakah kursus-kursus kemahiran mengenai pendigitalan yang diberikan kepada guru-guru setakat ini?”

Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang  menampilkan soalan tambahan ketika Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini, berkata, kesediaan guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam melakukan dasar pendigitalan pendidikan dalam negara ini.

- Advertisement -

“Pendigitalan pendidikan tidak seharusnya bertumpu kepada prasarana dan kemudahan Internet semata-mata.

“Kemahiran setiap guru juga memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi apabila beralih kepada Budaya Dan Pembelajaran (BDP) berasaskan digital dan internet,” ujarnya.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa terdapat dua teras yang sangat penting dalam dasar pendidikan digital.

“Yang pertama ialah guru fasih digital; dan kedua, merupakan pentadbir yang akan melaksanakan keseluruhan pengurusan ataupun pentadbiran digital di sekolah.

“Latihan-latihan kompetensi mengenai pendigitalan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan Guru Jauhari Digital iaitu guru yang benar-benar fasih dalam pendigitalan,” katanya.  HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -