Kumpulan pelampau: Rusia haramkan gerakan LGBT antarabangsa

Presiden Rusia, Vladimir Putin. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

MOSCOW: Rusia telah mengharamkan pergerakan LGBT antarabangsa, dengan melabelkan ia sebagai ‘kumpulan pelampau’.

Mahkamah Agung negara itu telah menetapkan keputusan berkenaan di Moscow pada Khamis, lapor AFP.

Hakim Oleg Nefedov memutuskan bahawa ‘pergerakan awam LGBT antarabangsa dan subbahagiannya’ sebagai kumpulan pelampau, dan mengeluarkan larangan aktivitinya di seluruh wilayah Rusia.

- Advertisement -

Perbicaraan berlangsung secara tertutup dan tanpa pembelaan yang hadir, dengan kurang daripada 10 orang telah berkumpul di luar mahkamah.

Hakim tersebut berkata perintah itu harus dilaksanakan dengan segera, walaupun beberapa pertubuhan hak asasi badan bukan kerajaan (NGO) berkata, akan berlaku kelewatan birokrasi.

Jika keputusan digunakan untuk individu, label ‘pelampau’ bermaksud golongan gay, lesbian, transgender atau pelik yang tinggal di Rusia boleh berdepan dengan hukuman penjara bertahun-tahun.

Sebagai reaksi, ahli parlimen Rusia, Pyotr Tolstoy berkata: “Ini adalah peristiwa bersejarah, kerana negara kita telah menerobos perkara paling ‘suci’ yang wujud dalam dunia liberal.”

Gereja Ortodoks yang diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, iaitu Patriarch Kirill  turut mengalu-alukan langkah itu.

“Ia adalah satu bentuk pertahanan diri moral masyarakat,” kata Vakhtang Kipshidze, seorang pegawai untuk Moscow Patriarchate.

Sementara pegawai di Chechnya yang majoriti  penduduknya Muslim di bawa pemerintahan oleh Ramzan Kadyrov, yang menegaskan  wilayah itu adalah heteroseksual secara eksklusif, memuji langkah itu.

“Rusia telah menunjukkan sekali lagi bahawa baik kolektif Barat mahupun Amerika Syarikat tidak akan menghalang kita daripada perkara yang paling penting –  identiti agama dan kebangsaan,” kata Menteri, Akhmed Dudaev.  HARAKAHDAILY 1/12/2023

- Advertisement -