Vape: Adakah golongan belum dewasa dibenarkan? 

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengharaman penggunaan vape dalam kalangan golongan yang belum dewasa perlu dimasukkan juga dalam Perkara 17 Akta Kawalan Produk Merokok.

Datuk Wan Saiful  Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, Perkara 17 perlu dipinda supaya lebih jelas bahawa penggunaan vape juga perlu dikawal oleh pihak kerajaan.

- Advertisement -

Ini kerana timbul kekeliruan dan persoalan adakah penggunaan vape dibenarkan kepada golongan belum dewasa.

“Apa yang berlaku ialah dalam akta tersebut pada masa ini hanya menyatakan bahawa orang belum dewasa sebagai ‘ tidak boleh menggunakan produk tembakau dan juga produk pengganti tembakau’.

“Jadi, saya ingin mengusulkan bahawa Perkara 17 perlu memasukkan penggunaan vape sekali kerana vape juga lebih merupakan antara bahan merokok,”  katanya ketika Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Akta Makanan (Pindaan) 2023 mengandungi penggunaan tembakau di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut beliau, vape juga perlu dikategorikan sebagai bahan yang diregulasi oleh kerajaan terutamanya kepada kepada orang bukan dewasa.

“Jadi, saya mencadangkan melalui pindaan Perkara 17 ini supaya tiada seorang pun yang belum dewasa boleh merokok atau mengambil bahan merokok termasuklah vape,” katanya. .  HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -