Kenaikan upah pekerja: Penilaian perlu lebih holistik

Salamiah Mohd Noor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penilaian yang lebih holistik di samping pertimbangan latar belakang dan keadaan semasa pekerja perlu diambil kira sebagai komponen bolehubah dalam proses penentuan kenaikan upah. 

Salamiah Mohd Noor (PN-Temerloh) berkata, situasi sekeliling individu bakal memberi impak kepada produktiviti kerja mereka. 

- Advertisement -

“Faktor-faktor latar pekerja seperti ‘bilangan tanggungan keluarga’ dan ‘bilangan majikan dalam satu-satu masa’ mestilah diambil perhatian. 

“Gaji rendah dan tanggungan yang besar mendorong rakyat kita untuk bekerja keras, menjalankan dua tiga pekerjaan sepanjang hari dari pagi sampai malam untuk menampung kehidupan harian,” katanya di Dewan Rakyat, dii sini,  hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Dasar Gaji Progresif yang menawarkan peningkatan skim gaji secara progresif berdasarkan peningkatan produktiviti.

Katanya lagi, faktor latar dan situasi individu seperti itu wajar diambil kira dalam penilaian kenaikan gaji tahunan. 

“Individu yang memiliki tanggungan yang ramai dan melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, tetapi masih mampu menunjukkan prestasi produktiviti yang cemerlang, seharusnya menerima penghargaan berupa insentif kenaikan gaji yang lebih tinggi dan berbaloi. 

“Semua ini perlu dipertimbangkan dengan memahami komitmen bulanan dan keperluan simpanan yang perlu mereka tanggung daripada gaji mereka,” katanya.  HARAKAHDAILY 30/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!