Kadar nisbah gaji pekerja daripada KDNK: Tercapaikah?

Radzi Jidin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan langkah bagi memastikan sasaran kadar nisbah gaji pekerja (CE) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tercapai.

Dr. Radzi Jidin (PN-Putrajaya) pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini berkata kerajaan menyasarkan kadar sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2025.

- Advertisement -

Beliau berkata, peratusan CE semakin menurun dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) yang menjadikan jurang kepada sasaran itu semakin melebar.

“Minta Menteri Ekonomi menyatakan pendekatan yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memastikan sasaran kadar CE daripada KDNK sebanyak 40 peratus pada 2025 dicapai,” katanya.

Sementara itu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, CE kepada KDNK merupakan salah satu petunjuk penting dalam menentukan tahap kesaksamaan pembahagian keuntungan pekerja.

Beliau berkata, kerajaan telah memperkenalkan beberapa usaha bagi meningkatkan CE dalam RMK12 kearah mencapai status negara berpendapatan tinggi termasuk 40 peratus pada 2025.

Menurut ahli parlimen Pandan itu, maklumat pada tahun 2022 kadar CE terakhir dicatatkan telah menunjukkan penurunan kepada 32 peratus, sebelum itu 35 peratus dan anjakan besar telah dikenalpasti.

Beliau berkata inisiatif tersebut sangat penting bagi menjadi pemangkin terhadap peralihan aktiviti ekonomi kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dan menarik pelaburan berkualiti.

“Bagi tujuan meningkatkan CE ini, antaranya penekanan kepada industri ‘high growth high value’ berasaskan teknologi dan digital, elektrik dan elektronik bernilai tinggi. 

“Pertanian dan industri asas tani yang berasaskan pertanian moden, sumber nadir bumi (REE), pemerkasaan perusahaan mikro kecil dan sederhana dengan menskalakan mereka.

“Serta perusahaan sosial termasuk pengukuhan jaringan pengangkutan awam dan ketersediaan bakat masa hadapan,” katanya.  HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -