‘Mengapa tak betul-betul tegas isu rokok di Malaysia?’

Ahmad Yahaya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Mengapa kita tidak betul-betul tegas dalam isu rokok yang berlaku dalam negara kita?”

Dato’ Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) berkata demikian susulan fasal Generasi Penamat Rokok (GEG) digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat pada hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, isu ini telah dibangkitkan oleh setiap ahli parlimen khususnya Perikatan Nasional (PN) dalam Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

“Dalam Surah Al-Araf ayat 157 ada menyatakan bahawa Dia (Allah SWT) menghalalkan bagi mereka segala perkara yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala perkara yang buruk,” katanya dalam sesi perbahasan tersebut. 

Beliau menyatakan bahawa kerajaan perlu benar-benar tegas mengenai isu ini dalam membina generasi bebas merokok pada masa-masa yang akan datang.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -