Tentera rejim zionis bersedia untuk teruskan peperangan

- Advertisement -

SEMALAM telah berlaku pembebasan dan pertukaran tahanan kali kelima antara kumpulan pejuang Palestin dengan rejim pengganas zionis Israel yang membabitkan 30 warga Palestin yang terdiri daripada 15 kanak-kanak dan 15 wanita dengan 12 orang pendatang haram yahudi.

- Advertisement -

2. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Nablus, Jerusalem, Ramallah dan Jericho khususnya di Jenin hingga memaksa rejim pengganas zionis Israel melancarkan operasi ketenteraan dengan membawa masuk sejumah besar tentera pengganas rejim zionis Israel ke Jenin, menutup bandar tersebut dan mengisytiharkannya sebagai zon tertutup operasi ketenteraan.

3. Tentera pengganas rejim zionis Israel sekali lagi mencabuli perjanjian gencatan senjata sementera apabila menembak dua warga Palestin di Beit Hanoun termasuk bot perang tentera pengganas rejim zionis Israel melepaskan tembakan di kawasan pantai di Khanyounis, utara Semenanjung Gaza.

4. Hospital-hospital yang terletak di utara Semenanjung Gaza seperti Hospital Kamal Adwan, Al-Shifa dan Al-Ahly masih lagi belum menerima bekalan petroleum dalam usaha untuk meneruskan operasi dalam usaha untuk menangani bencana kemanusiaan akibat kekejaman tentera pengganas rejim zionis Israel.

5. Pemimpin Hamas Osama Hamdan mempelawa Elon Musk dan media antarabangsa untuk melawat Semenanjung Gaza melihat sendiri kemusnahan di Semenanjung Gaza akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel setelah Elon Musk tiba di Tel Aviv berikutan jemputan Perdana Menteri negara haram pengganas zionis Israel Benjamin Netanyahu. Namun Elon Musk menolak pelawaan tersebut dengan menyatakan adalah merbahaya kepadanya untuk mengunjungi Semenanjung Gaza ketika ini.

6. Pengarah CIA William Burns dilaporkan tiba di Doha, Qatar untuk menyertai rundingan lanjut mengenai gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Qatar, Pengarah Mossad dan Pengarah Perisikan Mesir. Dilaporkan perbincangan sedang berlangsung untuk melanjutkan lagi gencatan senjata sementera selama dua hari lagi dalam usaha untuk membebaskan lagi tahanan yang berada dalam kawalan kumpulan pejuang Palestin termasuk tahanan di kalangan lelaki dewasa dan tentera rejim pengganas zionis Israel

7. Tentera Iran dilaporkan menjejaki dan memantau kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Dwight D. Eisenhower dan kapal perang sokongan yang bersamanya melayari Selat Hormuz dengan pegawai tertinggi tentera Iran dilapor menyatakan bahawa kehadiran kapal-kapal perang tersebut di perairan serantau tidak akan menambah baik situasi keselamatan di rantau tersebut sebaliknya mencetuskan provokasi dan ketidakstabilan.

8. Tentera pengganas rejim zionis Israel menyatakan bahawa ia bersedia untuk meneruskan peperangan dan menggunakan proses gencatan senjata sementara ketika ini untuk mengukuhkan persediaan tersebut.

9. Menteri Keselamatan Nasional negara haram pengganas zionis Israel Itamar Ben Gvir menyatakan menghentikan peperangan bermakna membubarkan kerajaan negara haram pengganas zionis Israel.

10. Mengikut laporan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Kerajaan Amerika Syarikat telah menyediakan cadangan secara harian kepada rejim pengganas zionis Israel mengenai operasi ketenteraannya yang berlangsung di Semenanjung Gaza. Rumah Putih juga menyatakan ia tidak akan menyokong aktiviti tentera pengganas rejim zionis Israel di selatan Semenanjung Gaza melainkan rejim pengganas zionis Israel memberikan maklumat bahawa semua warga Semenanjung Gaza sudah dipindahkan dari kawasan tersebut.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -