‘Jangan ulangi sejarah penagihan candu di China’

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar mengambil pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan oleh negara China suatu ketika dahulu kerana membenarkan candu dijual kepada rakyatnya pada masa itu.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, sejarah yang terkenal dengan peristiwa ‘perang candu’ pada penghujung abad ke-19 itu berlaku kerana bahan mengkhayalkan tersebut telah merosakkan rakyatnya.

- Advertisement -

“Saya tidak mahu Malaysia mengulangi kesilapan negara China dahulu yang membiarkan candu berluasa dijual tanpa ada batas sehingga China dijajah oleh British, ‘terlepas’ Hong Kong,” katanya.

Tambahnya, peristiwa ini telah menyedarkan China tentang akibat daripada penjualan candu secara berleluasa sehingga merosakan rakyatnya.

“Jangan khianat rakyat! Vape adalah perkara yang boleh menjerumus anak bangsa kita ke kancah yang lebih parah dadah dan sebagainya. 

“Maka dengan ini saya mengkritik RUU ini dan saya mahukan GEG dikembalikan demi masyarakat dan masa depan kita,” tegasnya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini ketika membahaskan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Isu timbul apabila pembentangan RUU tersebut oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah menggugurkan RUU Generasi Penamat Rokok (GEG) seperti yang sepatutnya.

RUU itu membolehkan larangan merokok dilakukan secara berperingkat mengikut usia sehingga akhirnya larangan sepenuhnya dapat dilakukan selepas melepasi satu tempoh yang ditetapkan.

“Kita berdiri pada petang ini untuk mengkritik dan mengecam RUU yang sudah dimandulkan oleh Kerajaan Madani pada hari ini. Ini adalah pengkhianatan kepada generasi masa depan!

“Kenapa? Kerana usaha yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional terdahulu mengambil kira keselamatan, kepentingan dan masa depan generasi Malaysia yang akan datang,” katanya.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -