Arahan wakil rakyat, PIBG bekerjasama dipertikai

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembangkang mempertikaikan arahan kerajaan agar semua wakil rakyat dapat bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menjaga kebajikan pelajar.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mempersoalkan bagaimana usaha tersebut dapat direalisasikan ketika peruntukan wakil rakyat tidak disalurkan kepada pembangkang.

- Advertisement -

Beliau berkata, ketika era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) bantuan diberikan kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang untuk membantu sekolah memerlukan.

“Peruntukan tiada Tan Sri (wakil rakyat) nak tolong macam mana, dahulu saya boleh masuk bagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi sekarang ini tidak boleh,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bangun mempertikaikan jawapan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying yang meminta wakil rakyat turut bersama membantu PIBG mencari dana sekolah.

Ahli Parlimen Tanjong itu berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menyediakan bantuan untuk menanggung sewa pengangkutan,dan  ia dilakukan atas inisiatif PIBG sendiri.

Menurutnya, selain mengharapkan bantuan wakil rakyat dalam kawasan masing-masing bantuan juga boleh dipohon melalui Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

“Banyak PIBG satu daripada mereka, mereka menyediakan pengangkutan untuk membawa anak-anak murid dari luar kawasan ke kawasan yang melibatkan bayaran tambang kenderaan.

“Tetapi buat masa ini KPM tidak menyediakan bantuan untuk menanggung pengangkutan ini dan kita harap ahli yang berhormat atau wakil rakyat tempatan boleh menolong,”  katanya.

Terdahulu Abdul Latiff mengemukakan soalan tambahan mengenai sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Pasir Gajah yang mengalami masalah kekurangan pelajar.

Menurutnya, beliau telah mendapat aduan pihak PIBG sekolah tersebut terpaksa menggunakan dana sendiri, menyewa kenderaan untuk mengambil dan menghantar pelajar sekolah tersebut.

“Apakah kerajaan sedia membantu PIBG untuk mengurangkan bebanan mereka memberikan bantuan khusus bagi menyelesaikan isu sewa kenderaan ini, bagi jangka panjang?.

“Adakah pihak kementerian sedia untuk membina asrama bagi memastikan anak india ini bukan sahaja berada di kuala krai tetapi di kelantan dapat berada di sekolah ini?” katanya.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -