Apa langkah drastik kerajaan atasi penularan denggi?

Shahidan Kassim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil bagi mengatasi penularan kes denggi dalam negara ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, menurut laporan kes tersebut telah meningkat sehingga 4.7 peratus pada minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos tahun ini.

- Advertisement -

Menurutnya, peningkatan tersebut adalah berbanding dengan 2,427 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

“Jadi soalan saya, apakah langkah drastik akan diambil dalam menghadapi masalah-masalah tersebut?”  katanya dalam Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni menyatakan bahawa Pelan Strategik Pencegahan dan Kawasan Kebangsaan 2022 hingga 2026 akan dihasilkan yang mana sasarannya ialah untuk mengurangkan kadar kematian akibat denggi sebanyak 0.2% setiap tahun.

Tambah beliau, kerjasama dengan pelbagai kementerian dan jabatan akan dilakukan dalam memberi kesedaran kepada setiap masyarakat awam melalui pelbagai platform secara berterusan yang mana masyarakat dikehendaki melaksanakan cari dan musnah (search and destroy) di premis masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.

“Aplikasi iDengue telah dilancarkan yang merupakan sistem jaringan dalam talian untuk menyalurkan maklumat mengenai demam denggi secara tepat dan terkini kepada orang awam,” katanya.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!