Apa ada di sebalik Akaun 3 KWSP?

Abd Ghani Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk menjelaskan butiran mengenai penubuhan Akaun 3 (Akaun Fleksible) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan lebih terperinci.

Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkata, dalam Bajet Kewangan 2024 kerajaan telah membuka cadangan untuk menubuhkan akaun tersebut bagi menggantikan sistem pengeluaran KWSP secara bersasar.

- Advertisement -

Menurut beliau, cadangan tersebut adalah hasil daripada desakan pencarum-pencarum KWSP itu sendiri yang menghadapi kesempitan wang selain daripada gesaan Badan Bukan Kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan ahli-ahli parlimen sendiri.

“Soalan saya, bilakan akaun 3 ini akan diwujudkan oleh kerajaan? Adakah akaun ini bersifat wajib atau pilihan dan berapa kadar minima dan maksima yang dibenarkan dalam setiap pengeluaran?” katanya dalam Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan mengenai nisbah pecahan yang akan dilakukan antara ketiga-tiga akaun yang ada dalam KWSP.

Bagi menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Kewangan Steve Sim menyatakan bahawa penstrukturan semula perlu dilakukan antara akaun 1 dan 2 bagi membolehkan akaun 3 diwujudkan yang boleh diakses oleh setiap golongan masyarakat tanpa mengira kumpulan B40, M40 dan T20 khususnya untuk waktu kecemasan.

“Namun begitu, maklumat lebih lanjut mengenai perincian akaun 3 ini akan diumumkan selepas pengumuman dividen KWSP lebih kurang Februari tahun hadapan,” katanya.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -