Insentif berbentuk fiskal kepada pesawah di Kedah

Abdul Nasir Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, kerajaan pada masa ini mengambil maklum akan cadangan untuk memberikan insentif berbentuk fiskal dengan harga yang munasabah kepada negeri Kedah.

“Ini merupakan hasrat pihak kerajaan dalam memberikan insentif berbentuk fiskal dengan harga yang munasabah kepada negeri Kedah sebagai negeri yang mengeluarkan beras terbanyak di Malaysia merangkumi sebanyak 40 peratus,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Senator Abdul Nasir Idris yang menyatakan apakah hasrat kerajaan dalam memberikan insentif berbentuk fiskal dengan harga yang munasabah kepada negeri Kedah, di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Mohamad Sabu selanjutnya menyatakan bahawa setakat ini, pemberian insentif atau bantuan yang diberikan adalah berupa subsidi input dan output pertanian. 

“Subsidi ini diberikan kepada semua pesawah di seluruh negara. Pemberian insentif fiskal disediakan secara khusus kepada mana-mana negeri,” jelas beliau

Justeru, katanya lagi, kerajaan sangat menghargai Kedah kerana kerjasama daripada kerajaan negeri tersebut mengekalkan tanah sawah.

Beliau berharap, kerajaan negeri Kedah akan bersama-sama dengan kerajaan persekutuan untuk meningkatkan pengeluaran padi dan beras demi keterjaminan negara.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!