Adakah guru dinaikkan pangkat selepas tamat kursus KPM?

Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) meminta penjelasan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan rancangan dan tindakan  pengupayaan profesional sumber manusia-pendidikan.

“Perkara ini melibatkan para guru setelah mereka melepasi garis umum perkhidmatan perguruan sah jawatan di sekolah.

- Advertisement -

“Hal ini bertujuan untuk meningkatkan nilai kompetensi berdasarkan amalan pendidikan profesional, pengetahuan dan  kefahaman termasuklah kemahiran pengajaran dan pembelajaran,” katanya ketika Sesi Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga meminta penjelasan pihak KPM berkaitan kenaikan pangkat para guru selepas menamatkan kursus yang disediakan.

“Saya juga ingin mengetahui mengenai sekiranya mereka berjaya menamatkan kursus yang disediakan oleh pihak KPM samada jangka pendek, sederhana atau panjang, adakah mereka akan ditawarkan kenaikan pangkat dengan merit insentif tertentu,

“Perkara tersebut bertujuan untuk menyemarakkan motivasi mereka agar terus bersama KPM mencurah bakti,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/11/2023

- Advertisement -