MB Kedah sambut rombongan PM di LTSAH

Foto: UPDA
- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyambut ketibaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), pagi tadi.

- Advertisement -

Delegasi kerajaan persekutuan yang diketuai Anwar singgah di Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Sadao, Thailand.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing antara turut hadir bersama delegasi tersebut.

Sanusi dalam pada itu meninggalkan sekejap persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari kedua hari ini kerana memberi penghormatan kepada rombongan pemimpin kerajaan persekutuan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali antara yang mengiringi Menteri Besar ke LTSAH. – HARAKAHDAILY 27/11/2023

- Advertisement -