Batalkan anjur Miss World Noble Queen International di KL

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) tegas menggesa kerajaan supaya membatalkan penganjuran program ratu cantik, Miss World Noble Queen International 2023 yang dijangka berlangsung di ibu negara pada Disember ini.

Penganjuran program sedemikian yang turut melibatkan Tourism Malaysia itu tidak sepatutnya dibenarkan langsung untuk dilaksanakan dalam negara. 

DUPP berpandangan program sedemikian bukan sahaja memberikan imej buruk kepada negara kita, bahkan sangat tidak bertepatan dalam suasana kesengsaraan yang menimpa saudara kita di Palestin.

DUPP sependapat dengan beberapa Mufti yang memberikan pandangan bahawa sebarang program hiburan yang melalaikan termasuklah konsert Coldplay tidak patut dibenarkan dalam negara.

Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai suatu teguran daripada Allah S.W.T? 

Oleh yang demikian, DUPP sekali lagi mendesak kerajaan supaya segera membatalkan program ratu cantik tersebut, selain mengeluarkan suatu pekeliling untuk memastikan tiada lagi program sedemikian boleh dibenarkan untuk dilangsungkan dalam negara.

“Adil, Prihatin dan Berkebajikan

YB DATO’ USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -