Belanjawan 2024 ‘Kelantan Mampan Berkat Sejahtera’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan meneruskan agenda kesejahteraan rakyat dengan menawarkan belanjawan 2024 dengan tema ‘Kelantan Mampan Berkat Sejahtera’.

- Advertisement -

Belanjawan itu menganggarkan jumlah hasil tahun hadapan sebanyak RM967.25 juta yang disumbang hasil tanah RM377 juta, terimaan agensi kerajaan (RM331.7 juta), terimaan daripada lain-lain (RM99.93 juta), hasil hutan (RM92.7 juta).

Selain itu hasil perlombongan (RM40.31 juta), keuntungan pelaburan (RM21.30 juta dan hasil air (RM3.99 juta).

Jumlah itu meliputi bukan cukai RM354.05 juta, hasil cukai (RM224.94 juta) dan bukan cukai (RM378.26 juta).

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri meneruskan agenda pemerkasaan agama dan pendidikan dengan memperuntukkan RM208.92 juta.

Katanya ia meliputi pembangunan fasiliti agama RM17 juta, Yayasan Islam Kelantan (RM125.2 juta), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (RM10 juta) dan guru al-Quran, guru fardu ain, guru pondok, mudir dan guru Halaqat (RM11.69 juta).

Selain itu RM1 juta diperuntuk untuk pemerkasaan syariah dan undang-undang.

“Bagi program kebajikan rakyat diperuntuk sebanyak RM375.61juta. Kerajaan sentiasa memberi perhatian bagi membantu dan membela rakyat miskin melalui program Bantuan Al-Musa’dah sebanyak RM22 juta.

“Bantuan rumah Dhuafat (RM10.67 juta), Skim Al-It’am (RM6.60 juta) dan Kifaalah (RM5.0 juta),” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2024 di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Menurutnya juga sektor kedua diberi tumpuan iaitu infrastruktur dan kemudahan awam sebanyak RM235.40 juta.

Manakala kemudahan terminal dan fasiliti pengangkutan Awam diperuntuk sebanyak RM10.40 juta.

Menurutnya juga bagi memastikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negeri sebanyak RM11.69 juta diperuntuk sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

“Ia termasuk sebanyak RM5.54 juta kepada petani dan nelayan,” katanya.

Belanjawan Kelantan 2024 memperuntukkan sejumlah RM1.61 bilion sebagai perancangan perbelanjaan.

Anggaran perbelanjaan mengurus dijangka RM1.15 bilion (70.98 peratus) manakala pembangunan RM468.36 juta (29.02 peratus). Anggaran hasil pada tahun 2024 dijangka sebanyak RM967.25 juta. – HARAKAHDAILY 23/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!