Kakitangan awam Kelantan dapat insentif RM2,000

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan kakitangan kerajaan Kelantan akan mendapat Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 pada tahun hadapan.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran berkenaan akan disalurkan pada Februari tahun hadapan.

Katanya, bayaran bantuan khas itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM18 juta.

“Bayaran penghargaan ini juga akan diberi kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, Halaqat, penyelaras Pusat Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain itu penyelaras Pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fardu ain serta guru jahitan dan dibayar mengikut kadar yang bersesuaian,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2024 bertemakan ‘Kelantan Mampan Berkat Sejahtera’ pada persidangan Dun di Kota Darulnaim di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -