Kebolehan pasaran graduan KIAS cecah 89 peratus

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pencapaian Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) khususnya dalam kebolehan pasaran graduan mencecah sehingga 89 peratus.

- Advertisement -

Rektor KIAS, Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin berkata, perkara itu disahkan melalui Sistem Pengesahan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lalu yang merekodkan statistik tersebut.

Katanya lepasan KIAS sama ada diterima dalam industri pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Melalui sistem ini bagi tahun 2022 statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi merekodkan kadar kebolehpasaran graduan KIAS mencapai 86 peratus.

“Ia merupakan satu pencapaian yang sangat memberangsangkan, graduan diterima di pasaran sama ada untuk melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-23 di sini hari ini.

Sehingga kini KIAS menawarkan 25 program pengajian yang meliputi lapan program Ijazah Sarjana Muda, 15 peringkat diploma dan dua pengajian asasi.

Dr Ab Aziz juga berkata, dalam masa terdekat, pihaknya akan menawarkan program pasca ssiswazah dalam bidang Usuluddin dan Pengajian Islam.

Kata beliau program yang ditawarkan sesuai berdasarkan keperluan semasa dengan perkembangan institusi itu dari pelbagai aspek termasuk pembangunan fizikal.

“Kami menekankan kualiti akademik 20 peratus pensyarah KIAS adalah kelayakan Phd, di samping itu pengajian di KIAS diperbanyakkan nilai tambah dengan kemahiran yang diperlukan masyarakat.

“Sebagai contoh kita menyediakan peluang pelajar mendapat kemahiran melalui sijil kemahiran dan TVET di bidang tertentu dan mempunyai hala tuju pekerjaan semasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/10/2023

- Advertisement -