Masalah membebankan rakyat tidak diselesai secara aulawiyyat

- Advertisement -

SHAH ALAM: Masalah inflasi dan kenaikan harga barang yang membebankan rakyat tidak diselesaikan secara aulawiyyat (keutamaan), kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Hari ini, uajrnya keutamaan makanan beras bagi negara perlu diberi penekanan, tetapi tidak diberi penekanan yang bersungguh-sungguh, malah sebaliknya dilihat penekanan dalam perkara yang lain.

“Kita juga menghadapi kemungkaran ekonomi yang sangat bejat dan merosakkan perjalanan pentadbiran negara.

“Rasuah, bocor dan boros, tidak diberikan keutamaan pencegahan dan penyelesaiannya,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di IDCC di sini, hari ini.

Beliau berkata, rasuah perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh kerana Islam menentang rasuah dengan sekeras-kerasnya.

Menurutnya, Rasulullah SAW melaknat dan mengutuk pemberi rasuah, penerima rasuah dan yang mengurus rasuah.

Katanya, masalah rasuah mestilah diselesaikan dengan sungguh-sungguh secara holistik dan adil, bukan secara zalim.

“Kita tahu di sana ada orang yang dizalimi. Islam meletakkan yang dituduh tidak bersalah, tetapi mesti dibicarakan sampai habis,” katanya.

PAS juga, ujar beliau mesti memposisikan lebih ramai pimpinan yang berani membahaskan polisi dan dasar kerajaan serta menjuarai isu yang dekat di hati rakyat.

Justeru, ujarnya penggunaan medium yang berkesan amat penting dalam aspek penerangan supaya mencapai sasaran orang awam dan rentas parti. – HARAKAHDAILY 20/10/2023

- Advertisement -