Gaza: Iran akan campur tangan jika rejim zionis lancar operasi darat

- Advertisement -

IRAN telah memaklumkan kepada PBB ia akan campur tangan dalam perang di Semenanjung Gaza jika dilancarkan operasi darat oleh tentera rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

2. Kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas bandar dan wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis Israel iaitu Sedirot, Nahal Auz, Tel Aviv dan beberapa kawasan lagi termasuk melakukan penyusupan masuk di bandar Ovakim dan menyerang kedudukan kumpulan tentera rejim Zionis Israel berdekatan kompleks Muftahim di Eshkol dan Nahil Ouz.

3. Rejim Zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan laut yang ganas ke atas bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti bandar Gaza, Khanyounis, Rafah dan Deir Al-Balah disamping turut menyasarkan serangan ke atas Hospital Al-Ahli Arab di dan ‘Beach Camp’.

4. Angka korban rakyat Palestin akibat serangan ganas tentera rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 2392 orang dengan lebih kurang 9042 lagi dilaporkan cedera . Di Tebing Barat pula, angka korban rakyat Palestin terus meningkat kepada 55 orang dengan lebih 1200 lagi dilaporkan cedera.

5. Di Tebing Barat, pertempuran terus berlaku antara tentera rejim Zionis Israel dengan kumpulan pejuang Palestin termasuk anak muda di Hebron, Jenin, Nablus, Jerusalem, Baitul Laham, Tubas dan Ramallah di samping tentera rejim zionis Israel melakukan serbuan ke atas kem pelarian di Baitul Laham dan Ramallah.

6. Tentera rejim Zionis Israel menyatakan bahawa Iran sedang cuba memindahkan senjata strategik melalui Syria untuk membuka medan pertempuran baharu.

7. Tentera rejim Zionis Israel mengesahkan terdapat gangguan terhadap sistem perkhidmatan pengesanan GPS di kawasan konflik.

8. Rejim Zionis Israel mengarahkan pendatang haram Yahudi yang tinggal dalam radius 4km dari sempadan Lubnan supaya segera meninggalkan kediaman mereka di samping menutup jalan raya dalam radius tersebut dengan mengisytiharkan ia sebagai zon tertutup ketenteraan.

9. Seorang pendatang haram Yahudi mati manakala 3 lagi cedera dalam serangan ke atas bandar Shtula di sempadan Lubnan berikutan serangan roket oleh kumpulan pejuang Hizbullah.

10. Menteri Luar China Wang Yi berkata rejim Zionis Israel bertindak di luar skop mempertahankan diri dan perlu menghentikan polisi ‘hukuman kolektif’ ke atas penduduk Semenanjung Gaza.

11. Satu serangan peluru berpandu dari wilayah di Lubnan ke arah pengkalan tentera rejim Zionis Israel di wilayah yang dijajah rejim Zionis Israel dari Lubnan, Galilee berlaku awal pagi ini di samping kumpulan pejuang Hizbullah terus melancarkan serangan roket ke atas kereta kebal Merkava tentera rejim Zionis Israel yang berada di sempadan Lubnan-negara haram Israel serta pangkalan tentera rejim Zionis Israel.

12. Tentera rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar Ayta Al-Shaab di utara Lubnan selepas tentera Hizbullah melancarkan serangan roket ke atas kedudukan tentera rejim Zionis Israel di wilayah yang dijajah dari Lubnan iaitu Shtula di barat Galilee yang menyebabkan kematian dan kecederaan ke atas tentera rejim Zionis Israel.

13. Rejim Zionis Israel terus mengerahkan baki 7,000 lebih pendatang haram Yahudi di Sedirot untuk meninggalkan bandar tersebut ke kawasan lain berikutan keadaan semakin genting.

14. Pendatang haram Yahudi mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan negara haram Israel mengecam pentadbiran Benjamin Netanyahu berikutan perang yang berlaku termasuk menuntut Benjamin Netanyahu dan kabinetnya meletakkan jawatan. Dalam satu program yang lain ketika Benjamin Netanyahu melawat tentera rejim Zionis Israel yang berada di sempadan Semenanjung Gaza dan memberikan ucapan, beliau dicemuh oleh seorang pegawai tentera dengan menyatakan beliau seorang penipu.

15. Majoriti warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan berganjak meninggalkan tanah air’ mereka walaupun diancam serangan darat yang bakal dilakukan bila-bila masa sahaja oleh tentera rejim Zionis Israel.

16. Tentera rejim Zionis Israel lewat malam semalam melancarkan serangan ke atas Lapangan Terbang Aleppo, Syria buat kali kedua dalam tempoh 48 jam.

17. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Llyod Austin berkata beliau telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower dan kapal perang pengiringnya untuk bergerak ke timur Lautan Mediterranean untuk menyertai kapal pangangkut pesawat USS Gerald R. Ford yang telah berada di perairan tersebut bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

18. Tentera rejim Zionis Israel menyatakan ia telah menangguhkan operasi darat ke atas Semenanjung Gaza atas sebab cuaca buruk berikutan hujan lebat dan banjir besar yang melanda Tel Aviv. Namun begitu terdapat laporan dari media negara haram Israel menyatakan ia adalah alasan berikutan telah berlaku pertikaian dalam Majlis Keselamatan negara haram Israel untuk melakukan operasi darat ke atas Semenanjung Gaza.

19. Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahain menemui Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan pemimpin kanan Hamas di Doha, Qatar bagi membincangkan keadaan terkini di Palestin khususnya Semenanjung Gaza.

20. Tentera rejim Zionis Israel mengumumkan telah menahan 330 warga Palestin di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin!

Disediakan oleh:
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 15/10/2023

- Advertisement -