Boikot produk Israel lumpuh ekonomi zionis

Mohd Asri Mat Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam diajak memboikot barangan keluaran Israel sebagai tanda protes terhadap kejahatan dan keganasan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, biar pun umat Islam di negara lain jauh dari Palestin, namun boleh berbuat demikian untuk melumpuhkan ekonomi Israel.

Katanya, umat Islam boleh melakukannya (boikot), malah ia terbukti berjaya sebelum ini sehingga melumpuhkan ekonomi Yahudi.

“Mereka (Israel) memang takut jika usaha ini dilakukan kerana mereka hanya inginkan kuasa ekonomi dan kuasa memerintah khususnya di Palestin.

“Biarkan mereka dalam ketakutan, tekanan sehingga menyebabkan tidak lagi mampu berfikir setelah membunuh umat Islam di Palestin,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu hari ini.

Beliau turut memuji langkah Qatar yang mengugut tidak akan menyalurkan minyak kepada rantau Eropah dan Amerika Syarikat sekiranya berterusan menyokong Israel yang kini semakin menggila di Palestin.

Menurutnya juga umat Islam di negara ini hendaklah bersolidariti sebagai sokongan terhadap perjuangan rakyat Plestin yang berkorban nyawa bagi mempertahankan tanah airnya.

“Walaupun kita di sini tetapi ia menjadi kewajipan untuk mempertahankan dengan cara kita, berdoa, solat hajat dan sebagainya selain bersolidariti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/10/2023

- Advertisement -