Rakyat Malaysia perlu hargai keharmonian negara

- Advertisement -

KANGAR: Rakyat Malaysia perlu menghargai kepelbagaian budaya dan keharmonian negara yang dikecapi sehingga kini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perpaduan tersebut membuktikan kekuatan nilai dan prinsip rakyat Malaysia.

- Advertisement -

“Sebagai seorang rakyat, kita mesti menghargai kepelbagaian budaya dan keharmonian negara kita yang tercinta ini. Perpaduan kita adalah bukti kekuatan nilai dan prinsip kita bersama. 

“Sebarang tuturan atau tingkah laku ke arah kebencian, perkauman, diskriminasi kaum, xenofobia, sikap tidak bertoleransi dan tindakan ekstremisme boleh mengganggu keamanan dan keharmonian yang wujud di negara ini,” katanya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Peduli bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

Semasa kayuhan juga Tuanku Raja Muda Perlis berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih di sepanjang laluan. 

Ketiga-tiga penerima terpilih pada kali ini ialah Zalilawati Aliyas, 51, Che Rosiah Ismail, 81 dan Hassan Nayan, 66. – HARAKAHDAILY 12/10/2023

- Advertisement -