Syarikat elektronik Jepun besar operasi di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Syarikat elektronik terkenal dari Jepun Rohm-Wako Electronics Malaysia Sdn Bhd yang beroperasi Kelantan sejak berpuluh tahun lalu, kini membesarkan lagi operasi.

- Advertisement -

Terbaharu syarikat itu membina bangunan tiga tingkat yang menyediakan peluang pekerjaan baharu mampu menampung sehingga 400 penduduk tempatan.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, dengan adanya bangunan baharu dapat menambah lagi jumlah pekerja.

Katanya sehingga sekarang seramai 2,600 penduduk tempatan berpeluang bekerja di Rohm-Wako.

“Peluang itu hasil hubungan baik antara Kelantan dengan Jepun khususnya syarikat Rohm-Wako bagi menyumbang pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pembesaran operasi kilang Rohm-Wako di Pengkalan Chepa menawarkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di negeri ini,” katanya pada perasmian bangunan baharu syarikat terbabit hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai hub pelaburan utama.

Oleh itu kata beliau komitmen berterusan Rohm-Wako mengembangkan operasi syarikat dapat meningkatkan sumbangan kepada sektor pembuatan dalam KDNK Kelantan. – HARAKAHDAILY 12/10/2023

- Advertisement -