Ladang Musang King tawar lebih 200 peluang kerja

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ladang durian Musang King terbesar di Malaysia yang terletak di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

- Advertisement -

Sehingga sekarang seramai 82 penduduk Orang Asli bekerja di ladang terbabit, selain itu 105 penduduk Melayu dan 32 masyarakat Cina tempatan.

Syarikat Sidinyan Plantation Sdn Bhd yang mengusahakan Sindiyan Agro Park diberi pajakan melaksanakan projek ladang hutan di situ pada tahun 2003, namun berdepan kesukaran disebabkan kecerunan tanah.

Oleh itu pada 2018 syarikat terbabit memohon tukar syarat tanah kepada dusun dan macam-macam.

Ekoran itu pada tahun 2020 projek penanaman durian Musang King dimulakan di kawasan seluas hampir 3,000 hektar.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Isu Muhamad Kamal Mohamad berkata, ladang durian Musang King cuba digegerkan pihak tertentu.

Sedangkan katanya Kelantan konsisten dengan agenda Membangun Bersama Islam menerima semua kaum untuk membangunkan negeri itu.

“Pelbagai kaedah pembangunan telah dan sedang diterokai mengikut tatacara, prosedur dan undang-undang negeri sekiranya melibatkan soal milikan tanah.

“Tidak langsung berbangkit soal jual tanah kepada Cina DAP sebagaimana yang ditularkan. Tuduhan yang langsung tidak bertanggungjawab dan menampakkan kecetekan ilmu dengan undang-undang tanah Kelantan,” katanya di sini.

Menurutnya juga Kelantan mempunyai paling banyak tanah rizab Melayu sehingga Disember 2022 iaitu 4,996,406.42 hektar.

Beliau berkata, data terbabit dirujuk kepada jawapan lisan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada persidangan Dewan Rakyat Jun lalu.

Kata beliau cukuplah menyerang Kelantan dengan menggunakan soal bangsa, apa lagi soal milikan tanah kerana pimpinan Kelantan terbuka dan komited membangunkan negeri mengikut lunas undang-undang tanpa prejudis.

“Peluru tabur pajakan 99 tahun dan 1001 rekaan termasuk jual tanah kepada Cina DAP, Cina Komunis, Cina Tanah Besar langsung tidak berbangkit.

“PTG Kelantan tidak seteruk itu untuk membiarkan kelulusan diberikan secara mudah, apa lagi jika melibatkan kelulusan portfolio kerajaan. Berpada dan hentikan membuat fitnah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/9/2023

- Advertisement -