Sekat peruntukan: ‘Nak dera rakyat ke nak dera parti’

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu kesal cadangan pihak tertentu dikatakan mahu menyekat peruntukan kewangan secara terus kepada negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

- Advertisement -

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pandangan sedemikian seolah memandang ke belakang dan bukannya bergerak ke hadapan.

“Mereka nak dera rakyat ke, nak dera parti yang menang dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi keberangkatan tiba Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke majlis perasmian Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, hari ini.

Menurut beliau kalah menang dalam pilihan raya adalah suatu perkara yang biasa.

“Takkanlah kekalahan itu menyebabkan kecewa, putus asa, macam tak ada harapan langsung kehidupan ini, tidak boleh begitu.

“Yang penting kita kena pastikan rakyat yang ada dalam negeri atau negara tidak terjejas. Jadi usul yang nak dibawa dalam parti mereka itu tentulah memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum lepas PN mengekal kuasa di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan menawan Perlis.

Bagaimanapun empat negeri terbabit berdepan dengan pelbagai sekatan termasuk royalti petroleum kepada Terengganu dan Kelantan. – HARAKAHDAILY 20/9/2023

- Advertisement -