Negara bergantung harap kepada PERIKATAN NASIONAL

Tan Sri Annuar Musa
- Advertisement -

MUAR: Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan negara ini bergantung harap kepada PERIKATAN NASIONAL gabungan PAS, Bersatu dan Gerakan.

- Advertisement -

Beliau berkata, negara ini sudah tidak boleh bergantung harap kepada BN kerana parti itu sudah ditolak oleh rakyat berkali-kali.

“Rakyat sudah tidak yakin dengan BN dan Pakatan Harapan yang diberi peluang memerintah negara selama 22 bulan tetapi gagal.

“BN sudah ditolak oleh rakyat kerana salah mereka sendiri, salah kepimpinan dan salah individu.

“Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 BN ditolak, kita cuba hendak selamatkan BN tetapi BN diseret kerana mendahulukan agenda peribadi,” katanya dalam ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL Simpang Jeram, di sini, malam ini.

Yang turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Ketua Penerangan PN Pusat, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin dan calon PERIKATAN NASIONAL, Dr Mazri Yahya.

Tambahnya, pada PRU15 BN sekali lagi ditolak oleh rakyat dengan lebih teruk di mana tujuh negeri tiada satu kerusi yang BN perolehi.

Sehubungan itu, katanya, PERIKATAN NASIONAL dilahirkan daripada pemikiran orang Johor dan gagasan orang Muar.

Justeru beliau mengingatkan tidak ada sebab masyarakat di Simpang Jeram dan Johor kekok untuk memilih calon daripada PERIKATAN NASIONAL.

“Anggaplah PERIKATAN NASIONAL ini hadiah kepada negara yang sedang berkecamuk dalam politik negara,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2023

- Advertisement -