Lapan negara sertai Kejohanan Remaja Antarabangsa di Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Sebanyak lapan buah negara termasuk Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, Mauritius, India, Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar sedang berentap di Kejohanan Remaja Antarabangsa di Dewan Wawasan 2020, di sini.

Pertandingan selama enam hari itu telah bermula Selasa, 5 September hingga Ahad, 10 September depan.

- Advertisement -

Perlis kini tampil menjadi tuan rumah buat kali ketiga sebagai negara penganjur kejohanan tersebut, yang kali ini melibatkan penyertaan seramai 250 atlet.

Exco Kerajaan Negeri Perlis, Ustaz Fakhrul Anwar Ismail turut hadir menyaksikan pertandingan pada hari pertama kejohanan.

Peminat sukan itu boleh menyaksikan pertandingan tersebut secara percuma bermula jam  8 pagi hingga 6 petang. – HARAKAHDAILY  6/9/2023

- Advertisement -