Sumber mineral, REE Kelantan cecah RM125 bilion – UMK

Julie Juliewatty (tengah) melawat tempat pameran sempena Seminar On Mineral Resources and Technology (SMART) 2023 dan GREAT bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan. (FOTO: UMK)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan dipercayai memiliki sumber mineral dan unsur nadir bumi (REE) mencecah RM125 bilion daripada jumlah keseluruhan nilai RM700 bilion dalam negara.

Ia sekali gus menjadikan negeri itu berpotensi mengembangkan sektor perlombongan dan industri berasaskan mineral terpenting di negara ini.

- Advertisement -

Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Perkhidmatan Gold Rare Earth And Mineral Technoprnuership Centre (GREAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Noor Fazliani Shoparwe  berkata, pembangunan industri  REE boleh memberi sokongan yang besar kepada pembangunan industri REE hiliran.

Menurut beliau, hasil hiliran itu  membolehkan ia berfungsi dengan kebolehcapaian sumber REE tempatan.

Serentak dengan itu, katanya, UMK menganjurkan Seminar Mengenai Sumber Mineral dan Teknologi (SMART) 2023 dan GREAT bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT).

Tambah Noor Fazliani, program itu turut  mendapat kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan bagi membentuk kerjasama antara agensi kerajaan dan pemain industri yang terbabit dalam sumber REE di kawasan berpotensi strategik.

“Sebanyak 159 penyertaan daripada pemain industri, institut pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan dan individu yang bertukar pandangan, pengalaman dan penyelidikan berkaitan REE bersama pakar,”  katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Seminar bertemakan ‘Understanding The Potential and Challenges of Rare Earth Establishment Based Industries’ itu juga, ujar beliau, diadakan sempena persidangan International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET 2023).

Seminar tersebut dirasmikan Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Ts.Dr Julie Juliewatty Mohamed mewakili Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razali Che Razak.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan UMK, Prof Madya TS CHM Dr Abdul Hafidz Yusoff; Dekan FBKT, Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman; dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tuan Wan Mohd Husni Wan Osman.

Noor Fazliani berkata, empat panel menyampaikan syarahan berkaitan REE dan potensi dalam industri selain sesi dialog.

“Penerokaan terhadap sumber mineral dan REE masih perlu diperluas kerana potensinya yang tinggi boleh menjana pendapatan negeri Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY  4/9/2023

- Advertisement -