Menongkah arus demi untuk selesai masalah rakyat

- Advertisement -

AMBE suka kerja menongkah arus kebiasaan demi untuk selesai masalah rakyat.

Contohnya, masa ambe dan team nak selesai isu nelayan Terengganu tak ada lesen dulu, HQ Jabatan Perikanan Putrajaya awal-awal lagi tak sokong atas alasan nelayan sedia ada sudah ramai dan sumber perikanan semakin berkurang. Kalau tambah lesen ikan jadi tak cukup.

Ambe bertegas, mesti bagi lesen dengan hujah:

1. Yang kita nak bagi lesen ialah nelayan tulen yang telah ke laut sejak berpuluh tahun tapi tak ada lesen. Kalau kita tak bagi lesen pun dia tetap akan ke laut. Bukan kita nak bagi lesen kepada orang yang baru nak jadi nelayan.

2. Isu sumber perikanan berkurangan, Kerajaan Negeri bagi komitmen untuk giatkan lagi program labuh tukun dan unjam.

3. Dalam senarai nelayan berlesen, ramai yang sudah tak aktif sama ada kerana kesihatan, usia atau bot sudah dijual. Pemutihan perlu dibuat dan kuota lesen mereka perlu diisi dengan nelayan aktif tapi tak berlesen.

Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya zaman Kerajaan Pusat pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dan Menteri MAFI Dr Ronald Kiandee.

Dengan hujah dan fakta insya-Allah akan berjaya walau kita perlu melawan arus. Ambe nak ajak pegawai tinggi dalam pejabat berfikir dengan realiti di lapangan.

YB DR AZMAN IBRAHIM
ADUN Jabi – HARAKAHDAILY 4/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -