PAS akan masalah jika ‘non-Muslim’ makin faham Islam?

- Advertisement -

SAYA setuju. Oleh itu kerajaan kena bagi ruang seluas-luasnya untuk Islam difahami oleh non-Muslim. Tak perlu sekat sesiapa. Tak perlu pilih bulu. Asalkan dia boleh buktikan tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah, beri.

Selitkan ajaran Islam dalam semua majlis awam termasuk anjuran kerajaan. Biar semua faham isi wahyu. Perbanyakkan institusi pengajian Islam di seluruh negara. Makmurkan seluruh masjid dengan majlis ilmu.

Giatkan aktiviti dakwah di pedalaman terutama Sabah dan Sarawak. Ajak non-Muslim berwacana mengenai keagamaan. Benarkan program perbandingan agama.

Pinda Perlembagaan, letakkan al-Quran Sunnah Ijmak Qiyas sebagai dasar negara. Buang perjuangan sekular dari DAP. Biar khilafah Islamiah jadi perjuangan mereka.

Panggil ramai lagi Muslim scholars seluruh dunia bagi pengisian di Malaysia. Lawan LGBT, Liberal, Islamophobia apa semua itu. Tunggang gelombang hijau biar Islam benar-benar kukuh di negara ini.

Bangunkan tanah-tanah wakaf dengan sekolah, masjid dan Islamic centre. Pasang speaker masjid dengan pengajian agama biar sampai ke semua rumah non-Muslim

Penuhi semua siaran TV dan radio dengan al-Quran dan Hadis. Bagi insentif pada content creator yang banyak buat content memahamkan rakyat dengan Islam.

Hidupkan tulisan jawi. Banyakkan billboard dakwah di jalanan. Edar risalah Islam di seluruh ceruk dan denai. Perkasakan institusi halal. Syaratkan semua produk di pasaran Malaysia ada tanda halal. 

Letakkan jabatan syariah di semua agensi. Pastikan semua bussiness ada Penasihat Syariah. Banyakkan hotel patuh syariah, pusat rekreasi patuh syariah, premis hiburan patuh syariah, pelancongan patuh syariah. Semua sektor dipatuh syariahkan.

Banteras Ah Long dan semua perbankan berasaskan riba. Ubah ekonomi negara kepada Islamic Base.

Tak cukup Hadis 40 di sekolah. Masukkan sekali aqidah, tafsir, fiqh, tasawuf, bahasa Arab, semua sekali. Jangan halang non-Muslim untuk memeluk Islam. Jangan marah Perdana Menteri ke-10 (PMX) Islam orang Hindu hari itu. Ramai lagi PMX nak Islamkan tu.

Minta semua cytro, JKOM, Jabatan Penerangan, Menteri-menteri share seluas-luasnya tulisan ini. Biar PAS berkubur terus…

Come on Kerajaan Madani. You can do it.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 28/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -