Mohamad Hilmi kekal SeTpol Sanusi

Mohamad Hilmi sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Politik (SeTpol) Sanusi untuk penggal ke-15 ini.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Ustaz Mohamad Hilmi Abd Wahab sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Politik (SeTpol) Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk penggal ke-15 ini.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah jawatan diadakan di Wisma Darul Aman, di hadapan Menteri Besar sebelum mesyuarat Exco kali pertama diadakan, di sini, hari ini.  

- Advertisement -

Hilmi berkata, beliau mengharapkan agar seluruh rakyat memberi sokongan penuh kepada agenda Menteri Besar untuk membantu golongan sasaran terutamanya dari segi pendidikan.

“Ketika saya bertanya MB apakah perancangan serta kehendak politik yang beliau mahukan, jawabnya membantu orang susah (miskin) seramai mungkin,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Aman, hari ini. 

Hilmi mula berkhidmat sebagai SetPol Menteri Besar, November 2022 menggantikan Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuden yang kini merupakan Ahli Parlimen Alor Setar setelah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU15) yang lalu. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

- Advertisement -