Tema Hari Kebangsaan di Kelantan tambah ‘Membangun Bersama Islam’

- Advertisement -

KOTA BHARU: ‘Malaysia Madani, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Membangun Bersama Islam’ menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan tahun ini.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri menggunakan tema yang sama dengan kerajaan Persekutuan dengan sedikit pengubahsuaian

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri memutuskan menggunakan tema ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dengan tambahan perkataan Membangun Bersama Islam.

“Sambutan tahun ini sedikit berbeza, iaitu diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

“Program akan bermula jam 6.30 petang dengan ‘Kelantan Berselawat’, kemudian untuk acara perbarisan dan perarakan akan diadakan dalam stadium.

“Kita juga akan adakan persembahan bunga api luar daripada kebiasaan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di MABNA MBI Kota Darul Naim, hari ini.

Oleh itu, beliau menjemput orang ramai hadir meraikan sambutan ambang kemerdekaan bersama saf kepimpinan kerajaan negeri.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengumumkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ialah ‘Malaysia Madani, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Bagaimanpun Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) menyifatkan tema tersebut mirip kepada politik kepartian seperti yang digunakan secara meluas pada kempen Pilihan Raya Negeri, baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mencadangkan negeri ditadbir PN menggunakan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

- Advertisement -