PKWR Simpang Empat raikan Hari Kemerdekaan 2023

Sebahahagian murid-murid lima buat tadika yang terlibat dalam sambutan Hari Merdeka Malaysia ke-66 di Perpustakaan Awam, Cawangan Simpang Empat, Arau, Perlis pada hari ini, 23 Ogos 2023.
- Advertisement -

ARAU: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat tidak terkecuali meraikan sambutan Hari Merdeka Malaysia ke-66 hari ini di Perpustakaan Awam, Cawangan Simpang Empat, di sini, hari ini.

Sebanyak lima buah sekolah tadika telah turut serta iaitu Tadika PASTI, Tadika Islam Jaips dan Tadika Kemas merangkumi 200 orang termasuk ibu bapa dan anak- anak yang hadir memeriahkan program ini.

- Advertisement -

Antara program yang diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan mewarna ibu bapa dan pertandingan pakaian kemerdekaan.

Di samping itu terdapat badan kerajaan yang hadir bagi menyampaikan maklumat berkaitan iaitu pihak SSPN-i dan Tabung Haji.

Turut hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah ialah Setiausaha Politik Menteri Besar yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Razali Saad.

Pihak PKWR sehubungan itu, menzahirkan ucapan terima kasih pada semua kakitangan perpustakaan yang bertungkus lumus  menjayakan program tersebut dan kepada semua yang hadir. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

- Advertisement -