‘Perang’ dah tamat, masa berjuang untuk rakyat

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Tempoh ‘berperang’ di gelanggang pilihan raya sudah tamat dan kini masa untuk berkerja dan berkhidmat untuk rakyat.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sistem federaism (fahaman persekutuan)  wajar dihormati oleh semua pihak.

- Advertisement -

“Mereka bercakap seperti orang kecewa akibat prestasi buruk semasa pilihan raya lepas dan tiada semangat federalism.

“Kita berperang semasa pilihan raya, selepas itu kita teruskan bekerja untuk rakyat dan memberi tumpuan kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira apa-apa parti,” katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Perlis telah memohon geran kepada kerajaan persekutuan bagi menukar paip baharu di negeri tersebut.

“Dengan jumlah RM250 juta yang kita mohon ini, kita dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah berkaitan isu air.

“Lebih 50 peratus  isu air akan selesai, jadi kita harap ia dapat diluluskan dengan kadar segera,” katanya lagi.

Perlis berisiko kehilangan bekalan air bersih sehingga 80 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang jika isu kadar air tak berhasil (NRW) tidak ditangani segera.

Berdasarkan kedudukan NRW nasional 2019, Perlis mencatatkan kadar NRW tertinggi sebanyak 63 peratus diikuti Kelantan (49 peratus) dan Kedah (48 peratus) berbanding 35 peratus bagi purata kebangsaan. – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -