Analisis kritis terhadap hasil PRN enam negeri

- Advertisement -

1. SIAPAKAH pemenang sebenar PRN baru-baru ini?

Jawapannya: PN pemenang, ada empat petunjuk PN adalah pemenang (minit 3:00 hingga 13:00).

2. Benarkah PN dan PH-BN hanya menang di ‘kubu’ sendiri atau ‘jaguh kampung’.

Jawapannya: Tidak tepat PN hanya menang di kubu sendiri, kerana sudah berlaku limpahan sokongan besar kepada PN menembusi kubu PH dan BN (minit 13:50 hingga 20:05).

3. Betulkah dakwaan PN hanya disokong oleh pengundi miskin, luar bandar, tidak educated dan seumpamanya?

Jawapannya: Tidak betul trend pengundian dalam PRN ini mengikut status ekonomi, tahap pendidikan atau wilayah. Sebenarnya trend pengundian adalah berdasarkan sentimen kaum. Berlaku jurang polarisasi undi mengikut kaum yang semakin melebar (minit 21:58 hingga 30:12).

4. Patutkah negeri-negeri dan DUN-DUN yang dimenangi PN dianak tirikan sebagaimana desakan pimpinan dan penyokong PH-BN?

Jawapannya: Tidak wajar politik tahun 2023 seperti desakan tersebut. Jangan ingat pengundi-pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan berundur bila ditekan, bahkan semakin ditekan semakin mara. Jangan terkejut, empat negeri PN bakal jadi koridor baharu ekonomi Utara yang kukuh dalam tempoh lima tahun ini. (minit 31:25 hingga 42:32).

5. Di manakah sebenarnya terletak kekuatan PN?

Jawapannya: Kekuatan PN terletak kepada halatuju PN yang jelas untuk membangunkan negara yang sejahtera menurut citra asal Malaysia (minit 43:38 hingga 47:58).

6. Dan termasuk isu yang besar dibincangkan ialah polarisasi undi mengikut kaum, trend pengundian kaum secara terarah, pengaruh pemain Ekonomi Gelap dan Kapitalis Kroni dalam PRU serta masa depan integrasi nasional. Juga kebaikan sistem dua parti di Malaysia (minit 49:05 hingga 1:03:20).

7: Apakah politik seterusnya pasca PRN baru-baru ini?

Jawapannya: Masa untuk berpolitik secara matang dan sejahtera dan masa untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX) boleh kekal sehingga PRN16 jika….. (minit 1:03:23 hingga 1:06:55).

DR MOHD ZUHDI MARZUKI – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -

Ikuti perbincangan lanjut di Facebook Pemuda PAS Shah Alam: https://fb.watch/mtfLTZ0Y_r/ 

- Advertisement -