Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa jenayah?

- Advertisement -

PENDAHULUAN

Pada 25 Mei 2022, Nik Elin Zurina Nik Abul Rashid telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 kesalahan jenayah Syariah Negeri Kelantan. Antaranya termasuk liwat, persetubuhan dengan mayat dan bukan manusia, musnahkan tempat ibadat, judi, arak dan banyak lagi. Permohonan itu bersandarkan kepada keputusan kes Iki Putra. Bahawa Negeri Kelantan tiada kuasa untuk buat undang-undang tersebut.

Pendengaran kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ditetapkan pada 17 Ogos 2023. Kalau Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan tersebut, maka 21 kesalahan tersebut akan dibatalkan.

Namun yang lebih parah kesannya, saya pasti kesemua Enakmen Jenayah Syariah di semua negeri akan mula dicabar dan terus dicabar. Ia membawa teori domino jika Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibatalkan ia boleh membawa akibat terbatalnya juga Kanun Jenayah Syariah di lain-lain negeri.

Inilah sebabnya YB Menteri di JPM (Agama) menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama diseru terlibat dalam kes berkaitan Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Kelantan sama ada sebagai pencelah (intervener), watching brief atau sahabat mahkamah (amicus curiae).

Kenapa Undang-undang Jenayah Syariah terus di cabar?

Kejayaan mereka dalam kes Iki Putra bin Mubarrak V Kerajaan Negeri Selangor dan Anor dan implikasi undang-undang.

Pada 25 Februari 2021 Mahkamah Persekutuan 9 Panel termasuk antaranya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun dan Hakim Besar Malaya Azahar telah membuat keputusan sebulat suara Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa membuat undang-undang yang telah diberikan kepada Persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Isu ini menjadi satu titik tolak kepada sejarah perkembangan Undang-undang Syariah di Malaysia.

Pada tahun 2021, Iki Putra dituduh atas kesalahan liwat di Mahkamah Syariah. Dia tidak puas hati lalu mencabar peruntukan jenayah syariah liwat Selangor. Hujahnya, Negeri Selangor tiada kuasa kerana kesalahan jenayah adalah Kuasa Persekutuan, dan dalam Undang-undang Persekutuan (Kanun Keseksaan) telah ada kesalahan liwat.

Ketika itu, kita hairan kenapa Iki Putra mahu cabar kesalahan Syariah sedangkan kesalahan liwat di Mahkamah Syariah hukumannya jauh lebih rendah daripada hukuman dalam Kanun Keseksaan. Takkanlah dia mahu hukuman lebih berat? Kaedah pembuktiannya yang berbeza, kaedah hukumannya juga berbeza.

Akhirnya baru kita faham, ia bukan mengenai hukuman, ia mengenai mencabar Undang-undang Islam.

Memahami kes Iki Putra Bin Mubarrak V Kerajaan Negeri Selangor

Kes Iki Putra bin Mubarrak V Kerajaan Negeri Selangor dan Anor dan implikasi undang-undang.

- Advertisement -

Pada 25 Februari 2021 Mahkamah Persekutuan 9 Panel termasuk antaranya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun dan Hakim Besar Malaya Azahar telah membuat keputusan sebulat suara Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa membuat undang-undang yang telah diberikan kepada Persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Tun Abdul Hamid Mohamad ketika menjadi Ketua Hakim Negara di dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2008 telah merumuskan satu formula mengenai bidang kuasa jenayah Syariah seperti berikut:

(i) kesalahan itu mestilah terpakai terhadap penganut agama Islam sahaja;
(ii) kesalahan itu mestilah bercanggah dengan perintah agama (against the precepts of Islam);
(iii) kesalahan itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa Senarai Persekutuan; dan
(iv) kesalahan itu mengikut bidang kuasa jenayah yang ditetapkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 (hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan).
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menggunapakai formula di atas dan memutuskan kesalahan jenayah liwat di bawah EJS 1995 memenuhi ciri-ciri butiran (i), (ii) dan
(iv) tetapi tidak memenuhi syarat butiran (iii).
Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap jenayah liwat kerana kesalahan liwat telah termaktub di dalam Kanun Keseksaan.

Ini bermaksud Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa jenayah namun kesalahan liwat yang telah diperuntukkan dalam kesalahan Kanun Keseksaan atau Penal Code. Maka ia tidak boleh dijadikan satu  kesalahan juga dalam Enakmen Jenayah Syariah pula.

Punca bidangkuasa sivil dan jenayah Mahkamah Syariah

74. Hal perkara Undang-undang Persekutuan dan Negeri

74. Hal perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri
(2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama…

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan secara spesifik satu senarai panjang (tetapi terhad) mengenai bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah dalam kesalahan jenayah, iaitu “…pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan…”

Kata kunci penting di sini ialah kesalahan penganut Islam terhadap perintah agama atau dalam bahasa Inggerisnya creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of Islam.

Tun Abdul Hamid Mohamad ketika menjadi Ketua Hakim Negara di dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2008 telah merumuskan satu formula mengenai Bidang Kuasa jenayah Syariah seperti berikut:
(i) kesalahan itu mestilah terpakai terhadap penganut agama Islam sahaja;
(ii) kesalahan itu mestilah bercanggah dengan perintah agama (against the precepts of Islam);
(iii) kesalahan itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa Senarai Persekutuan; dan
(iv) kesalahan itu mengikut bidang kuasa jenayah yang ditetapkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 (hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan).
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini turut menggunapakai formula di atas dan memutuskan kesalahan jenayah liwat di bawah EJS 1995 memenuhi ciri-ciri butiran (i), (ii) dan (iv) tetapi tidak memenuhi syarat butiran (iii).
Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap jenayah liwat kerana kesalahan liwat telah termaktub di dalam Kanun Keseksaan, antaranya di bawah Seksyen 377A.

Bidangkuasa negeri dan Mahkamah Syariah dalam kesalahan jenayah

Ialah kesalahan penganut Islam terhadap perintah agama atau dalam bahasa Inggerisnya creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan precepts of Islam?

Tun Abdul Hamid Mohamad telah mengulas perkara tersebut dengan merujuk kepada tiga orang pakar seperti berikut:

Whatever their backgrounds are, let us look at their opinions. Tan Sri Sheikh Ghazali starts of by saying:
‘Precepts of Islam’ bermaksud ajaran-ajaran atau perintah-perintah agama Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan As-Sunnah. Ia bukan hanya terhad kepada Rukun Islam yang lima. Ajaran Islam meliputi ‘Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Manakala Professor Dr. Mohd. Kamal Hassan opines, inter alia, as follows:
In the context of the religion of Islam, the expression ‘precepts of Islam’ has a broad meaning to include commandments, rules, principles, injunctions – all derived from the Qur’an, the Sunnah of the Prophet, the consensus of the religious scholars (ijma’) and the authoritative rulings (fatwas) of legitimate religious authorities, for the purpose of ensuring, preserving and/or promoting right beliefs, right attitudes, right actions and right conduct amongst the followers of Islam.

With regard to the scope of applicability of the precepts of Islam, human actions and behaviour fall into three major and interrelated domains, namely creed (aqidah), law (shari’ah) and ethics (akhlaq). The creed is concerned with right beliefs and right attitudes (deemed as actions of the heart), the law with right actions and ethics with right conduct, right behaviour and right manners.

Therefore the precepts of Islam possess the force of enjoining or commanding or prohibiting actions or behaviour which Islam considers good (ma’ruf) or bad (munkar), correct or deviant, obligatory (wajib), recommendatory (sunnah) undesirable (makruh), permissible (halal), prohibited (haram), allowable (mubah).

Professor Dr. Muhammad Hashim Kamali, inter alia, opines as follows:
A precept of Islam is an indisputable fundamental principle, or a fundamental principle in connection with which there is no serious dispute or debate amongst jurists. The ‘precepts of Islam’ essentially refer to the cardinal principles of belief, law and morality that constitute the core of the Islamic identity of a Muslim individual and society which are enunciated in the clear text of the Qur’an and authentic hadith. Yet not all that is established in the clear text, such as certain commercial contracts and punishments, on which the Qur’an is clear, yet one would hesitate to classify these under ‘the percepts of Islam’.

Kesimpulan

Islam adalah satu agama yang paling sempurna yang mempunyai perintah melakukan amar ma’aruf dan nahi mungkar. Umpama nyawa dan badan tidak boleh dipisahkan dan ia melengkapi satu dengan lain. Amal ibadah dalam Islam juga seperti di dalam semua kitab fiqh mengandungi perkara yang bersangkutan dengan (empat rubu’) atau empat bahagian iaitu amal ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan ialah kesalahan penganut Islam terhadap perintah agama.

Anggapan amalan agama Islam adalah berbentuk peribadi atau perkara personal dan tiada paksaan dalam mengerjakan suruhan agama serta meninggalkan larangan adalah suatu pandangan yang salah. Manusia bebas atau tidak dipaksa memilih agama Islam namun apabila mereka memeluk agama mereka terikat dengan ajaran dan amalan agama.

Begitu juga bentuk balasan atau hukuman dalam Islam bukan saja balasan atau hukuman di akhirat tetapi Islam juga mengenakan balasan dan hukuman di dunia. Itulah  sebabnya dalam Islam ada hukuman hudud, qisas dan takzir.

Dalam sudut sejarah kita perlu memahami bahawa undang-undang yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu adalah Undang-undang Islam yang berkaitan dalam bidang pentadbiran negara dan jenayah.

Sistem perundangan yang dilaksanakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi tonggak utama kepada kelangsungan dan keamanan negeri Melaka. Kenyataan Tome Pires yang mengatakan “They have civil and criminal (jurisdiction) over every person in their lands…” membuktikan adanya undang-undang yang dilaksanakan sepanjang abad ke-15.

Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang wujud di Negeri Perak sekitar abad keenam belas yang lalu. Struktur penulisan undang-undang tersebut tersusun secara sistematis dalam memperlihatkan adab hubungan Raja dengan Menterinya, pentadbiran negara dan perkara yang berkaitan dengan kesalahan jenayah. Begitu juga di Negeri Melayu yang lain.

Setiap negeri Melayu dahulu mempunyai Undang-undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri masing-masing yang kemudian memperuntukkan Islam adalah agama negeri dan kuasa agama bagi negeri dan urusan hal ehwal Islam dari segi mal dan jenayah.

Bila semua negeri Melayu membentuk Persekutuan Tanah Melayu maka ruh atau semangat Perlembagaan Negeri telah dimasukkan dalam pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu seterusnya menjadi Persekutuan Malaysia.

Dari zaman Kerajaan Melayu atau Kesultanan Melayu dari dulu sebelum kedatangan penjajah lagi Undang-undang Islam telah dominan dalam urusan kekeluargaan dan negara, perkapalan dan hubungan antara bangsa serta kesalahan-kesalahan jenayah dilaksanakan mengikut Hukum Syarak.

Sebagai bukti satu perturunkan satu penghakiman yang dibuat oleh seorang Hakim Inggeris di zaman kedatangan British di Malaya bernama BUX BRADDEL C.J.C dalam kes Shaikh Abdul Latif dll Vs  Shaikkh Elias. Katanya:
“Sebelum triti-triti pertama, penduduk negeri-negeri hampsi semuanya terdiri daripada orang Melayu (Islam) bersama pelombong dan pengusaha Cina. Satu-satunya undang-undang yang terpaksi kepada orang-orang Melayu ialah Undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat-adat tempatan”.

Manakala R. J Wilkinson pula berkata:
“Tidak boleh diragukan lagi bahawa Undang-undang Islam akan menjadi Undang-undang Tanah Melayu sekiranya Undang-undang British tidak masuk dan menahannya”.

Precepts of Islam’ bermaksud ajaran-ajaran atau perintah-perintah agama Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan As-Sunnah. Ia bukan hanya terhad kepada Rukun Islam yang lima. Ajaran Islam meliputi ‘aqidah, syariah dan akhlak. Bermaksud undang-undang

Penutup

Ditakdirkan Mahkamah Syariah hanya ditinggalkan dengan kuasa dalam bidang mal sahaja seperti urusan nikah kahwin, pendaftaran muallaf dan lain-lain perkara yang bersangkutan perintah amar ma’aruf tanpa bidang kuasa nahi mungkar seperti menghukum kesalahan-kesalahan jenayah seperti zina, liwat, homosek, lesbian, LGBT, minum arak, berjudi, pelacuranan, ajaran sesat dan sebagainya. Maka umat Islam di Malaysia akan bebas sebebasnya melakukan Jenayah Syariah tersebut tanpa boleh disekat, apatah lagi untuk diambil tindakan undang-undang.

Apakah itu yang kita impikan?

Salam hormat dari saya,

DATO’ HAJI MUHAMAD ASRI HAJI ABDULLAH
Mantan Ketua Hakim Syarie
Negeri Perak dan 
Hakim Rayuan Syariah JKSM – HARAKAHDAILY 17/8/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid036E9hdDBvGvsFgDGmDaZFEmzWiQd4PeaQAYFT1ooqhkpW4S4z5UmH1VcmVmeCAD2rl&id=100000295854883&mibextid=Nif5oz

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.