KUALA TERENGGANU: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu telah dibentuk pada mesyuarat, hari ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memegang portfolio Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.
Mereka terdiri daripada tujuh Exco sesi lalu termasuk menteri besar iaitu Dr Ahmad Samsuri, Dato’ Satiful Bahari Mamat, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ariffin Deraman, Dr. Azman Ibrahim, Mohd Khuzaini Ab Rahman dan Hanafiah Mat.
Empat muka baharu ialah Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, Hishamuddin Abdul Karim, Maliaman Kassim dan Datuk Razali Idris.
Berikut ialah senarai Exco Terengganu:
Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Adun Ru Rendang) – Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli
Dato’ Satiful Bahari Mamat (Paka) – Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan
Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam) – Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Ariffin Deraman (Alur Limbat) – Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
Dr. Azman Ibrahim (Jabi) – Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi
Mohd Khuzaini Ab Rahman (Kota Putera) – Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau
Hanafiah Mat (Cukai) – Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Termasuk skop pengurusan bencana)
Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk) – Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah
Hishamuddin Abdul Karim (Tepuh) – Pembangunan Belia, Sukan dan NGO
Maliaman Kassim (Ajil) – Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional
Datuk Razali Idris (Kijal) – Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – HARAKAHDAILY 16/8/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!