Tempias pengundi Melayu tolak Umno kini dirasai PH

Amiruddin Shari
- Advertisement -

Oleh M FAQIH

ENTAH berapa siri desakan dihala terhadap Zahid Hamidi. Berpuluh dan mungkin dah beratus desakan supaya meletak jawatan Presiden Umno.

Zahid didesak lepaskan jawatan ekoran kegagalan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15. Ketika Najib Razak mengemudikan Umno pada PRU14, BN masih lagi meraih 79 kerusi parlimen. Di mana 54 kerusi daripadanya disumbang Umno.

- Advertisement -

Ketika Najib Razak mengemudikan Umno pada PRU14, BN masih lagi meraih 79 kerusi parlimen. Di mana 54 kerusi daripadanya disumbang Umno.

Namun selepas Najib berundur, PRU15 kerusi parlimen BN tinggal 30. Ketika itu nahkoda di bawah Zahid. Dan rekod itu dipecah lagi apabila Umno hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada PRN15, Sabtu lepas.

Ini bermakna kekuatan Umno hanya tinggal 17.5 peratus peratus. Di mana silapnya.

Sedangkan sebelum ini bertalu-talu Zahid didesak letak jawatan, namun ternyata beliau kebal. Malah diberi kedudukan selesa dalam kerajaan. Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bukan calang-calang.

Budi dibalas jawatan. Hasil sokongan Zahid membolehkan Anwar Ibrahim berada di kerusi sekarang. Tanpa pengorbanan itu perdana menteri sekarang mungkin tokoh lain.

Sama-sama untung dan dapat laba. Namun hari ini apa dah jadi. Kesan penolakan rakyat terhadap Umno juga menjalar kepada PKR, DAP dan Amanah.

Ukuran itu dapat dilihat berdasar kepada prestasi ketua-ketua kerajaan negeri di enam negeri yang terbabit dengan PRN15. Ia dibanding prestasi PRU14.

Kelantan – Ustaz Ahmad Yaakob (Pasir Pekan)
PRU14 – 8,352 majoriti
PRN15 – 12,811 majoriti

Terengganu – Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Rhu Rhedang)
PRU14 – 6,028 majoriti
PRN15 – 17,295 majoriti

Kedah – Sanusi Md Nor (Jeneri)
PRU14 – 2,455 majoriti
PRN15 – 16,050 majoriti

Pulau Pinang – Chow Kon Yeow (Padang Kota)
PRU14 – 7,808 majoriti
PRN15 – 7,116 majoriti

Selangor – Amiruddin Shari (Sungai Tua)
PRU14 – 11,374 majoriti
PRN15 – 5,185 majoriti

Negeri Sembilan – Aminuddin Harun (Sikamat)
PRU14 – 3,413 majoriti
PRN15 – 2,662 majoriti

Situasi itu memperlihatkan semua MB di negeri PN meningkat majoriti. Berbeza dengan MB dan Ketua Menteri di negeri PH menunjukkan penurunan undi.

Penurunan undi paling ketara Amiruddin. Ia sebagai isyarat jelas orang Melayu menolak gandingan PH-BN. Kesannya bukan sekadar dirasai BN, sebaliknya sudah menjalar kepada PKR, DAP dan Amanah.

Aminuddin Harun

Tokoh PH tumbang

Tokoh Umno-PKR-Amanah yang dianggap hebat di Kedah tumbang. Antaranya bekas Menteri Besar Mahdzir Khalid tewas di DUN Pedu, Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu dan Ismail Salleh di DUN Pengkalan Kundur.

Sebaliknya di Kelantan tokoh besar Umno agak selamat kerana sejak awal lagi mengelakkan bertanding. Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaacob tidak menyertai PRN. Begitu juga pimpinan kanan Amanah dan PKR.

Ramai menyifatkan mereka enggan masuk gelanggang mungkin sudah menghidu seperti situasi yang berlaku Sabtu lepas. Penolakan pengundi Melayu tidak mampu ditepis mereka.

Apa yang menimpa BN, PKR dan Amanah hari ini sebenarnya pernah dilalui Bersatu. Bersatu pernah mengalami perkara yang sama ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) semasa bersama dengan PH.

“Kita kalah teruk PRK Semenyih dan Tanjung Piai, Johor. Bersatu ditolak orang Melayu pada PRK tersebut. Kita buat ‘soul searching.’

“Selepas itu Bersatu tinggalkan PH bentuk PERIKATAN NASIONAL. Selepas itu, sokongan orang Melayu kepada Bersatu dan PN terus meningkat,” kata Dr Marzuki Mohamad.

Pada PRN Sabtu lepas Bersatu menang 40 daripada 62 kerusi majoriti Melayu yang ditandingi. Manakala 19 lagi kerusi majoriti bukan Melayu yang ditandingi oleh Ahli Bersekutu.

Prestasi PRN itu bagi Prof Dr Jayum Jawan, orang Melayu di Semenanjung tidak mendukung kerajaan PH-BN. Kata beliau PRN15 memperlihatkan peningkatan sokongan orang Melayu kepada PN.

Oleh itu beliau menolak dakwaan PRN terbabit tiada kaitan dengan kerajaan PH-BN.

“Sebenarnya ini pandangan yang tidak tepat. Pilihan raya ada kaitan dengan semua hal berkaitan parti, kuasa dan kerajaan. Ini kerana blok sama bertanding untuk mendapatkan sokongan,” katanya pada catatan di sebuah akhbar. – HARAKAHDAILY 14/8/2023

- Advertisement -