Ahmad terlibat di lapangan politik agak lama

Ahmad Sulaiman
- Advertisement -

SIK: Ahmad Sulaiman yang dipilih sebagai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik, antara yang berpengalaman dan terlibat di lapangan politik agak lama.

- Advertisement -

Beliau mula memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Sik sejak 2013 hinggalah sekarang.

Sebelum ini beliau juga diberi amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan, bendahari, pengarah dan bendahari Majlis Tindakan Dun (MTD) selain terlibat sebagai ketua cawangan PAS dan Ketua UPU Carok Padang.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) selain Diploma Pengurusan Bank, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ahmad bukan sahaja diberi amanah sebagai pesuruhjaya sumpah malah terlibat secara langsung bersama anak-anak syarikat kerajaan negeri ketika Kedah di bawah pentadbiran Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak.

Beliau pernah berkhidmat di Bank Islam Malaysia Berhad dan Lembaga Pertubuhan Peladang selain menyumbang tenaga sebagai guru swasta.

Anak jati Sik ini menerima pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di daerah initelah berkeluarga dan mempunyai lima orang cahaya mata. – HARAKAHDAILY 10/8/2023

- Advertisement -