Anak Kelantan di Sabah tidak sabar pulang mengundi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebahagian anak-anak Kelantan yang bekerja di Sabah mula pulang ke tanah air hari ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15, 12 Ogos ini.

- Advertisement -

Mereka sebahagian anak Kelantan pulang awal menerusi penerbangan dari Kota Kinabalu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu petang ini.

Difahamkan mereka bertugas di Tawau, Kudat, Samporna, Lahad Datu dan Ranau.

Manakala pada 10 dan 11 Ogos ini difahamkan dua lagi kumpulan anak Kelantan yang dijangka pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Seorang daripada daripada mereka ketika dihubungi Masni Othman, 42 melahirkan perasaan tidak sabar menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada 12 Ogos ini.

“Kebetulan kami sudah lama tidak pulang ke Kelantan jadi ini waktu yang amat sesuai untuk kami pulang bertemu keluarga, di samping menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih,” ujarnya.

Beliau mengakui ramai anak Kelantan di Sabah sebahagian besarnya tidak sabar untuk pulang menunaikan tanggungjawab kepada negeri dan negara. – HARAKAHDAILY 7/8/2023

- Advertisement -