Petugas pilihan raya perlu patuhi arahan keselamatan

- Advertisement -

TUMPAT: Semua petugas pilihan raya PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) diingat mengikut arahan keselamatan ketika berkempen bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini menjelang hari terakhir kempen.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia amat penting untuk kestabilan dan keamanan ketika urusan kempen di hari-hari terakhir.

“Pihak musuh sedang memerhati untuk mencari silap kita, jadi berhati-hatilah ketika bertugas, berkempen dan jauhi larangan yang boleh melanggar undang-undang seperti kempen menyentuh 3R, merosakkan poster pihak lawan dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui menyertai program ziarah ke rumah terpilih melibatkan warga emas dan pesakit di beberapa kampung di DUN Pengkalan Kubor. (Foto atas)

Beliau yang juga calon DUN berkenaan, memberitahu sambutan masyarakat amat menggalakkan terutama dalam kalangan pengundi muda terhadap aktiviti kempen PAS dan PN.

“InsyaAllah anak muda dan pengundi di DUN ini akan mempertahankan kemenangan PAS pada PRN ini demi untuk meneruskan langkah seterusnya, insya Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!