Apa motif PM dedah perbualan dengan Erdogan?

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

MERUJUK kepada hantaran Facebook oleh Perdana Menteri berkenaan suatu sidang video (video conference) bersama Presiden Erdogan, yang menyatakan Presiden Erdogan turut mendoakan kemenangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya di enam buah negeri.

- Advertisement -

Pendedahan ini menunjukkan betapa Perdana Menteri begitu terdesak sehingga sanggup mendedahkan isi kandungan perbualan telefon dengan Presiden Erdogan, memberikan gambaran seolah-olah Presiden Erdogan mahu mencampuri urusan politik dalam negara.

Dalam hal ini, adalah bukan menjadi amalan mana-mana ketua negara asing untuk mencampuri urusan pilihanraya dalam sesebuah negara lain.

Justeru adalah tidak munasabah Presiden Erdogan menyatakan perkara ini secara terbuka, dan ini membuktikan Perdana Menteri agak keterlaluan dalam menarik sokongan pengundi dalam pilihan raya negeri kali ini.

“Malaysia Sejahtera”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
Bertarikh: 6 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 6/8/2023

- Advertisement -