PMX pertahan TPM1, bukti jelas tatakelaut Kerajaan Madani

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

TINDAKAN PMX mempertahankan isu kes anak muridnya (TPM1) mengumumkan kelulusan geran sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk Pasukan Motosikal Negeri Terengganu yang disifatkan sebagai bukan rasuah amat memalukan.

- Advertisement -

Secara jelas dalam pengumuman itu TPM1 menyebut, “‘itu baru saya, lepas ni Perdana Menteri (PMX) naik (Terengganu) dia akan top-up, dia akan tambah, asalkan pada 12 Ogos nanti, para belia mengikut gelombang biru dan merah yang ada di Terengganu”. Satu bentuk rasuah terang-terangan namun PMX dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertahankan tindakan itu.

Bagi PAS, ia satu sikap yang amat bertentangan dengan tatakelola yang dijanjikan oleh PMX sendiri yang kononnya telah mengarahkan agar tiada pengumuman projek atau pemberian semasa kempen Pilihan Raya.

Apatah lagi pengumuman TPM1 bersekali pujukan agar anak muda di Terengganu ikut gelombang biru dan merah. Ia jelas rasuah.

PMX seharusnya mengarahkan TPM1 segera bercuti dan SPRM sebagai agensi pencegahan rasuah perlu segera menyiasat pengumuman itu.

Lihat bagaimana di Singapura, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah mengarahkan menteri pengangkutannya untuk bercuti selepas badan antirasuah berkuasa negara bandar itu melancarkan siasatan rasuah ke atasnya.

Lee berkata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah memberi taklimat kepadanya tentang kes yang telah didedahkan dan meminta kelulusannya untuk menjalankan siasatan rasmi terhadap Menteri Pengangkutan S. Iswaran.

Apa yang kita lihat, di Malaysia Kerajaan Madani sebaliknya mempertahankan perasuah apatah lagi TPM1 juga berdepan 47 kes melibatkan Yayasan Akal Budi yang sepatutnya tidak diberi tempat dalam kabinet.

Ini satu contoh tatakelola yang sebenarnya tatakelaut dalam, cakap tak serupa bikin dan tanpa malu meneruskan propaganda kononnya mereka anti rasuah tetapi sebaliknya merekalah yang terus mempertahan perasuah untuk kekal berkuasa.

“Malaysia Sejahtera”

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
5 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 5/8/2023

- Advertisement -