Kamarudin terus agenda dilaksana Dato’ Pa

Datuk Kamarudin Md Nor menyertai gotong royong memasak bubur asyura di Surau Kampung Rahmat.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas, Dato’ Kamarudin Md Nor akan meneruskan agenda pembangunan yang dilaksanakan Dato’ Seri Mustapa Mohamed sebelum ini.

- Advertisement -

Selain kemudahan awam termasuk jalan raya, institusi pengajian tinggi dan hospital beliau berhasrat menambah baik sektor pelancongan dan pertanian jika diberi mandat rakyat pada 12 Ogos ini.

“Saya merancang membantu golongan terbabit untuk mewujudkan sektor agro pelancongan serta penghasilan produk hiliran bagi meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk tempatan.

“Saya tekad untuk memajukan lagi bidang pelancongan dan pertanian terutamanya agro pelancongan yang ada memandang ada ruang banyak untuk ditingkatkan lagi.

“Selain itu dibangunkan bidang pertanian memandangkan pengeluaran hasil pertanian begitu baik di Jeli tetapi yang kurang produk hiliran,” katanya pada sidang media di Pusat Media PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan hari ini.

Kamarudin juga berhasrat membantu pekebun getah meningkatan pendapatan sekaligus keluar dari kepompong kemiskinan kerana harga komoditi itu yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata, penukaran status tanah tanaman getah atau kelapa sawit memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk meneruskan kelangsungan hidup penduduk. – HARAKAHDAILY 5/8/2023

- Advertisement -