Umno tidak sedar disuapkan racun oleh DAP-PH?

- Advertisement -

INI gambar 3 tahun lalu ketika Umno dan PAS Selangor gigih menyatukan kekuatan politik ummah melalui Muafakat Nasional.

Tan Sri Noh ketika itu Pengerusi Umno Selangor dan Datuk Megat Timbalannya.

PAS dan Umno Selangor sokong menyokong demi membina permuafakatan ummah yang kukuh dan ampuh.

Pimpinan Umno Selangor memberi dukungan dan sokongan padu pada usaha Tan Sri yang ketika itu bertungkus-lumus memastikan Muafakat Nasional terbit sebagai kuasa politik baru mencabar dan menentang PH yang didominasi DAP.

Indahnya apabila umat bersatu. Allah cetuskan kasih sayang dan saling hormat menghormati  begitulah bangsa Melayu bila bermuafakat menepati tuntutan aqidah.

Tetapi itu 3 tahun lalu hari ini di Selangor, Noh kekal yakin pada gagasan politik penyatuan ummah akan tetapi pimpinan Umno Selangor kini sudah lain.

DAP yang dulu musuh yang kita tegas mengenai atas pentas yang sama hari ini sudah jadi kawan. Kawan dulu pula hari ini menjadi musuh yang perlu digasak walau sebangsa dan seaqidah.

Dalam Malaysiakini hari ini Megat mendakwa Noh hanya bekerja untuk PN sebagai balasan anak perempuannya diletakkan sebagai calon dalam PRN Selangor. Takkanlah begitu sekali dianggap Noh, sahabat lama

Kata Megat:

“Anaknya tak pegang apa jawatan pun (dalam BERSATU). Takkanlah tak ada seorang pun pemimpin BERSATU yang ada di Permatang tu yang layak bertanding.

“Itu saja sudah membuktikan yang apa Noh Omar buat hari ini adalah kepentingan dirinya dan keluarganya.

“Jadi kepada ahli Umno, orang Melayu, orang Islam, jangan tertipu dengan permainan politik yang kotor ini.”

Baru berkawan sehari dua dengan DAP tergamak menyerang dan melempar pelbagai tuduhan pada kawan lama.

Noh bukannya seorang ahli politik yang kotor tetapi berprinsip. Berani berkata dan mempertahan kebenaran walau berhadapan dengan ancaman dan akhirnya terpecat. 

Inilah anak jantan, pendekar dan pahlawan Melayu sebenar.

Politik kotor adalah politik bermuka-muka. Sanggup menggadai prinsip demi kuasa dan kedudukan. Tidak berani berkata benar sedang berketuakan pemimpin yang mungkar.

Anak Noh dicalonkan BERSATU itu hak BERSATU. Dan sebagai seorang peguam dan bekas aktivis Puteri Umno anak Noh memang layak dan aktif.

Tak kotor bila kita letakkan orang layak di tempatnya.

Yang kotor bila kita cantas yang layak. Bila kita taat pada yang mungkar. Bila kita hanya berani berkata ketika kedudukan serta kepentingan kita tercabar dan terancam, bila selesa kita puji dan julang belaka.

Umno Selangor tak sedar ia sedang disuapkan ‘racun’ oleh PH khasnya DAP. Mereka tak sabar mahu lihat Umno pupus bukannya PAS atau BERSATU.

Waspada sahabat bila dah masuk perangkap mereka nanti tidak dapat berundur lagi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

PN tetap BEST.

“Selangor Baharu”
“Kita Bangkit”

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 4/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -