Ahli politik PH cakap dalam masjid boleh

masjid
- Advertisement -

TAHNIAH kerajaan kuku besi. Siasatan polis biarpun memutuskan tiada ucapan kempen politik masih tidak menafikan YB Fahmi Fadzil melanggar perintah Sultan Selangor supaya melarang mana-mana ahli politik berucap di dalam masjid.

Inilah tatakelola kerajaan yang kononnya mahu mengangkat agenda reformasi tapi sudahnya mereka hanya menjadi lebih teruk dari kerajaan yang mereka maki sebelum ini.

Sungguh sedih mengenangkan beberapa asatizah tidak lama suatu masa dahulu yang asalnya mempunyai tauliah mengajar, itupun ditarik dan dihalang mengajar di masjid-masjid hanya kerana penglibatan mereka dalam politik. Bukan berpolitik di dalam masjid pun. Tiada bukti tiada pendakwaan pun tiba-tiba ditarik. 

Apa boleh buat? Kerajaan ini mereka yang punya. Mereka boleh buat apa mereka suka.

Marilah sekalian rakyat kita tolak kerajaan yang zalim dan memerintah menggunakan kaki (kakistokrasi) ini. Zahirkan protes anda 12 Ogos ini. 

AHMAD SYAKIR NORAZLI
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) – HARAKAHDAILY 3/8/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100067819254542/posts/pfbid02sM362XXtByVRehP56SQG7569NcMEUCaHjUNmn6bNWggoq7aQ9YFUN3drNVyN9Bcwl/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -